[bismillah+1.jpg]

Ahad, 26 Disember 2010

Mesin jahit industri…..

Dah lama kak Mai idamkan mesin jahit industri ni sebabnya tahan lasak. Nak minta abang beli….tapi tak berjaya memujuk. Petang Khamis tu kak Mai dah bersunggut sebab langsir sekolah tak dapat nak siap cepat kerana mesin kak Mai ni meragam…bunyi dah macam motobot… Kebetulan abang berdiri sebelah tengok kak Mai menjahit…dia pun terkejut mendengar bunyi yang teruk tu…..Kak Mai kata mesin ni tak sesuai kalau nak jahit banyak, setakat jahit baju sendiri dan anak-anak oklah……Jom kita tengok mesin di kedai SINGER Semenyih….ALHAMDULILLAH….banyak jenis rupanya mesin ni….kak Mai kalau boleh nak mesin yang serbaguna yang boleh guna untuk kain tebal dan juga nipis.  Taukeh kedai tu tunjukkan semua mesin-mesin yang ada…..Harganya boleh tahan juga Model 2591 0300A harganya lebih RM 1900…Aduh duit hujung-hujung tahun ni nak guna banyak untuk persiapan persekolahan anak-anak…..Kak Mai minta kurang…dapatlah kurang sikit….Kemudian dia tunjukkan pada kak Mai sebuah mesin jahit second hand model yang sama dengan harga RM 1200.  Katanya tuan punya mesin ni jarang guna sebab dah dapat bantuan 2 buah mesin jahit.  So dia pulangkan semula mesin ni……Kak Mai test jahit ALHAMDULILLAH ok macam baru juga…….kenapa nak membazir jadi kak Mai belilah mesin tu…dan kak Mai minta dihantar dengan segera pada Jumaat 24.12.2010 sebelah petang.  Inilah rupa mesin jahit tu…….
Mesin jahit 26.12.2010 001
Seronok sikit kak Mai menjahit guna mesin ni…ha ha laju …..tapi….sorrylah sebab langsir untuk bangunan baru masih belum sempat kak Mai jahit……Untuk bangunan lama untuk 8 kelas insyALLAH siap……

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...