[bismillah+1.jpg]

Jumaat, 27 April 2012

Tempahan Bekas Pensel SK Meru 2.


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.  Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog sulaman kak Mai nie.  Hari ini kak Mai cuba memuatkan gambar-gambar sulaman bekas pensel yang sedang dalam proses.  Alhamdulillah hampir 80 peratus siap.  Tempahan ni daripada Cikgu Roha SK Meru 2 Klang.  Sebenarnya projek sulaman ni terhenti sekejap sebab bonda kak Mai masih uzur.  Memandangkan 16 Mei, Hari Guru cuma tinggal 2 minggu lagi kak Mai sedaya upaya menyiapkan juga tempahan ni.  Maaflah tempahan-tempahan yang lain kak Mai terpaksa tolak dulu ye sebab keadaan kurang mengizinkan.  Kak Mai akan memaklumkan sekiranaya kak Mai sedia menerima semula tempahan ye.

Semalam kak Mai menerima msg daripada Cikgu Roha bertanyakan tempahannya sudah siap ke belum?  Maaflah kak Mai lambat siapkan.  Sepatutnya siap dah ni.  Kak Mai cuba siapkan ye.  Insyallah hujung minggu ni atau selewat-lewatnya 1 Mei.  Bagi memuaskan hati Cikgu Roha kak Mai masukkanlah sebahagian daripada bekas pensel yang sudah siap supaya tak rasa curiga.....


Antara corak-corak dan warna yang kak Mai pilih untuk SK Meru seperti di bawah.  Ada lagi lum sempat nak muatkan di sini.  









Di bawah ni kak Mai jahit khas untuk  Cikgu Roha sebagai cenderahati kerana berurusan dengan Kak Mai.  Cover buku Persediaan mengajar ni kak Mai dah buat awal2 lagi sebab takut terlupa.  Tapi maaflah sebab simple je tidak sempat nak dihias-hias dengan renda bagai ye Cikgu Roha...





Gambar bawah ni buku persediaan mengajar Kak Mai.  Pinjam untuk dibuat ukuran.  Harap-harap Cikgu Roha pun  menggunakan buku persediaan mengajar cam ni juga. 


Oklahkak Mai nak bersiap-siap untuk ke Penang kerana menghadiri undangan ke majlis Anugerah Kecemerlangan di MRSM Balik Pulau, Pulau Pinang.  Jumpa lagi......






Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...