Janganlah salah anggap bila terbaca ruangan ni…. Ruangan ni adalah untuk motivate diri aku ni…supaya bersemangat dalam membuat kerja yang telah diamanahkan…….Dalam meeting akhir sekolah, Pn HEM mencadangkan sekolah dipasang langsir yang seragam supaya kelihatan cantik. Aku ditanya berapa meter agaknya yang diperlukan. Kata beliau langsir RM 3 semeter ada tak? Memanglah ada tapi kena survey dulu takut kain tak elok. Belum sempat kata apa beliau dah umumkan dalam meeting nak langsir warna apa? Maizah nak tolong jahit. Terdiamlah aku….kawan sebelah lak kata ambil je kak Mai….ya lah……..tapi banyak sangat tu nak tolong jahit….potong je dah sakit tangan…belum jahit lagi….Segera Pn. HEM minta Pn. F agar serahkan duit RM 500 kepada aku. Minggu pertama cuti sekolah aku ke Kelantan ikut hubby ada kerja di sana. Bukannye senang nak kena cuti sekolah. Di Kelantan Pn. F call katanya RM 500 cam ne nak serah. Aku minta dia menyerahkan kepada Datin As sebab Datin dah janji nak tolong aku cari langsir sama-sama.
Balik saja dari Kelantan, aku menelefon datin untuk buat temujanji nak beli langsir. Datin kata minggu tu dia sibuk, minggu depan baru boleh. Ahad aku call balik Datin. Aku tanya bila dia free. Dia kata bila-bila pun boleh. Jadi aku minta dia datang Isnin. Datin ok jer dengan syarat makan tengahari rumah kak Mai. Ok, No prblem.
Isnin 6.12.2010: Datin As datang rumah aku. Lepas makan tengah hari aku berbincang balik dengannya tentang warna yang telah dipilih. Menurutnya warna biru yang telah dipilih tu tak sesuai dengan dinding luar bangunan baru tu. RM 500 mana cukup kak, katanya. Akak call balik Pn HEM kot-kot boleh tambah lagi. Kira-kira 150 meter kain diperlukan, 90 meter bangunan lama dan 60 meter untuk bangunan baru. Jika RM 5 semeter jadi 150 meter x 5 bersamaan RM 750. Belum termasuk spring dan benang jahit. Aku call Pn. HEM tanya pendapatnya. Katanya ikutlah warna apa-apa pun boleh asalkan jangan oren, nanti akan ditambah lagi duitnya. Nampaknya kena guna duit sendiri dululah….
Lepas solat Zohor dan anak aku dah ke sekolah, aku pun pergi beli kain dengan Datin Asmawati, katanya dia tahu mana nak beli kain yang elok dan murah. Dalam hujan aku dan As redah Nilai 1. Tak pergi kedai lainpun sebab anak di rumah risau juga tinggalkan. Kami pun pilihlah kain-kain tersebut. Malangnya semua kain yang aku dan As minat tak cukup meternya. Jadi kami terpaksa ambil dua warna iaitu coklat gelap untuk bangunan lama dan coklat cerah untuk bangunan baru. Selepas diukur nasib baik cukup…Aku dah kira siap-siap dan minta pekerja kedai tu tolong potong-potong ikut ukuaran yang aku dah buat tu……Inilah rupa kain yang aku dan As pilih tu…. Ruang tempat aku beroperasi
Malam tu di rumah dengan bantuan anak bujang aku aku belah dua langsir2 tu. Jenuh gak…..nasib baik bujang-bujang aku nak tolong…mungkin dia kesian tengok ibunya terkial-kial memotong kain yang panjang tu…. Aku potong mana yang nak jahit dulu……
Selasa 7.12.2010 (1 Muharam) : Aku ke kenduri rumah Pn. HEM. Petang tu kami pergi memancing…jadi projek aku nak jahit terbengkalailah. Bila nak mula ni….dalam hati terfikir kalau aku jahit sehari untuk satu kelas mungkin memerlukan 19 hari untuk siap……aduh bila nak siap ni……minggu depan aku nak gi Kenyir pula ikut hubby lagi sementara berpeluang…….
Rabu 8.12.2010: Selepas aku siapkan kerja-kerja rumah aku aku jahit tepi untuk satu kelas punya dulu. Alhamdulillah …….malam tu sempatlah aku siapkan untuk satu kelas bangunan lama. (10 meter x 2)
Khamis 9.12.2010: Singgah sekolah ambil surat pendaftaran anak. Ke Semenyih beli lemon untuk eksperiment anak. Macam semalam lepas aku siapkan kerja rumah aku, aku pun mulakan kerja-kerja menjahit aku ni. Anak bujang ada hati nak tolong…katanya ajarlah dia jahit tepi…. aku pun ajarkanlah…..malangnya benang putus dan aku mengambil masa satu jam nak betulkan semula mesin jahit tepi aku tu….terbengkalailah pulak….aku mengadu hal kepada suami ..katanya jom ke semenyih pergi tanya kedai yang kita beli mesin tu……Malam tu aku pergi Semenyih, minta taukeh kedai tu ajar aku nak masukkan semula benang….Sampai je di rumah aku tuju terus mesin aku sebab takut terlupa cara yang diajarkan tu……..Alhamdulillah….aku pun sambung semula menjahit ….aku sempat jahit tepi je malam tu. Aku berazam nak siapkan satu kelas lagi, esok.
Jumaat 10.12.2010: Pagi tak sempat menjahit…kerja rumah terlalu banyak nak dibereskan. Pukul 8.45 seperti biasa hantar anak sekolah tadika. Hari ni Hazim aku pontengkan sebab mengejar masa…..Sambil menjahit aku mengemas juga…..sempatlah aku pek baju nak ke Kenyir…… menjelang Maghrib…siaplah aku jahit untuk kelas yang kedua…Alhamdulillah… Ya ALLAH berilah kekuatan dan kesihatan tubuh badan agar dapat aku menyiapkan kerja-kerja yang telah diamanahkan ini….aku perlu siapkan 17 kelas lagi…….yang pasti esok…hingga Jumaat akan datang mesin aku berehat seketika dan hujung minggu x tahu lagi apa rancangan hubby aku …19.12.2010 balik kampung nak uruskan rumah sewa aku…….dan nak ambil mak…….
Baru dua kelas siap…
Mungkin Isnin 20.12.2010 mesin aku bergerak semua….siap ke tak ni???????
Tiada ulasan:
Catat Ulasan